Sunday 4 January 2009

Tuanku Ja'afar


Salam 'alaykum pada semua..
Salam lembaran tahun baru, Hijrah 1430 & Masihi 2009..
::
Hijrah da pn masuk 1430.. Aku mcm ingat je lg bila masuk tahun 1414H dlul mase zaman skolah.. Dan2 da 1430.. Tanda2 akhir zaman, masa makin cepat.. AllahuAkbar..
Tahun ni gk (2009)umur den masuk 27.. Ayo, tuo lak ai kan..? Tu x kira tahun hijrah lg tu.. Mau masuk 29 kot..
::
Kali ni aku x nak crite sgt pasal tahun baru..
Minggu lepas ayah aku masuk hospital tuanku jaafar seremban. X sirius pn, hanya utk check up yang mendalam sket. Maklumla, da pencen.. jd doktor ambik langkah berhati2 sket. & Hari kedua ayah aku kat hospital 27 disember'08, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atau pun dikenali sbg Yam Tuan Besar pada org2 N9, mangkat.. di hospital yang sama.. Punya la sibuk hospital masa tu sampai aku & mak aku terpaksa tunggu 2jam utk smpai ke wad ayah aku..




Setelah 41 tahun memerintah Negeri Sembilan, akhirnya baginda pergi menyambut panggilan Ilahi. Apa yang aku kenal (setakat yang aku tau), Tuanku Ja'afar ni penyayang orgnya. Sebab dia ramai sangat anak angkat... & minat seni terutama seni lukih. Peribadi dia aku x kenal la sgt. Tapi apa pun, nama baginda bersemadi di banyak tempat.. Taman Tuanku Ja'afar, Sekolah Teknik Tuanku Ja'afar, Kolej Tuanku Ja'afar, Stesen Janakuasa Tuanku Ja'afar, Sekolah Sains Tuanku Ja'afar, Hospital Tuanku Ja'afar & byk lg la... Yo la kan, 41 tahun..
::
Jadi, sebagai anak jati & rakyat Negeri Sembilan, aku pun kena turut bersimpati & sedih jugak la.. & asbab kemangkatan baginda, banyak jugak la yang aku baru tahu pasal N9 ni.. Tang adatnye, pemilihan Yam Tuan nye... Undang yang empat nye..
::
Basically, aku nk cerita kat sini, pemilihan Yam Tuan a.k.a Yang Dipertuan Besar N9 unik & x mcm raja2 lain. Takhta Yang Dipertuan Besar N9 (bukan sultan mcm lain2 negeri) adalah x semestinya daripada darah keturunan. Dengan kata lain, Yam Tuan tidak ada hak utk memilih bakal penggantinya.. Yakni x automatik turun pada anak lelaki pertamanya. Itu semua adalah atas pemilihan undang luak yang empat.. Iaitu sungai ujong (seremban), rembau, jelebu & johol. Adatnya, Yam Tuan yang akan semadikan Yam Tuan. Jadi, sebelum Yam Tuan yang mangkat disemadikan, undang yang empat akan bersidang utk memilih siapa bakal pengganti..
::
Dan, utk penggantinya sekarang adalah Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, anak buah pada almarhum Tuanku Ja'afar. Almarhum Tuanku Munawir adalah Yam Tuan sebelum Tuanku Ja'afar & selepas Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
::
Sebelum ni, aku penah dgr2 dah, yang anak Tuanku Ja'afar, Tuanku Naqiuyudin x akan naik. & akhirnya, gosip2 tu benar...
::
So, itu la dia... pelik sket Negeri Sembilan ni. Tp pada aku ada hikmahnya... Kuasa tu bertukar silih berganti. & kalau ikot zaman khalifah dlu pn, sblm khalifah yang mangkat disemadi, akan ada syura yang dibuat utk melantik khalifah baru... seperti jugak bila kemangkatan Rasul kita dlu.

AL-FATIHAH...!

http://www.rajakitans.gov.my/

1 comment:

mrsbad said...

bagus la info ni...
bukan senang nak tau sejarah2 cenggini...