salamz... hr ni 30mac2009... pada tarikh ni jgk la, 10 tahun lepas, aku melalui 1 kenangan yang sangat lah peritnye, sangat lah pedihnye & sangatlah sedihnya.. Aku nangis giler babeng punye.. Dulu dalam blog frenster lama aku dulu penah jugak aku bercerita skit pasal ni.
::
::
30 mac 1999, selasa, hari ke-3 'eidul-adha... tahun tu jugak la aku akan ambik SPM. X mcm skrg, kalau raya aji mesti balik kmpung. Skrg ni raya pose pn balik kmpung mcm x balik je. Semalam, 29 mac 1999 aku br je balik ke seremban dr kampung, kuala pilah.. tu pun dah nak maghrib. Konvoi sama2 dgn auntie yang nak balik JB. Dia ikot auntie, sbb dia duduk sama dgn auntie kat JB. Mcm biasa, dorg akan singgah rumah dulu. Bila jalan jauh, dia akan rasa kerap buang air. Jadi, dia tumpang kat rumah kitorang kejap. X lama pun singgah, lepas maghrib, auntie anak beranak dgn dia berangkat ke JB. Aku x sangka itu lah detik terakhir aku melihat dia.
::
::
30 Mac 1999, aku masih cuti lg dari sekolah.. mama pun cuti. Kebanyakan ada di rumah lagi. Biasalah, cuti2 ni habiskan masa di rumah dgn famili... best! Semalam, 29 mac 1999 aku ada ckp kat dia, aku nak tinggal dgn dia kat kampung. Ajak dia duk seremban.. Tp, entahla.. hr ni 30 mac 1999 patut aku ada tusyen fizik. Tp cancel...
::
::
30 Mac 1999, petang tu, mama & 2-3org yg lain dlm famili aku pi pasar malam. Aku x pegi. Tiap Selasa & Jumaat, mmg ada pasar malam yg besar sgt kat ampangan.. Org2 dari merata Seremban pun datang situ. Diorang sampai rumah, biasala, sambil menikmati juadah2 yang di beli, sambil borak2 kat dapur, sambil tunggu maghrib. Dekat nak maghrib, siap2 nak mandi.. Aku capai tuala.. nk masuk bilik air. Ayah dah siap pun nk p surau. Tiba2, "kring2...!"..... Phone rumah bunyi. Dulu2 kalau phone bunyi, berebut nak angkat. Sekarang x dah.. Aku paling dekat. Hello? "Amin, Alang ni, mama ado x?" Kojap2, jwb aku.. Lupa, phone td tu my mum punye cellphone.. So, then i pass it to my mum yg ada lg kat dapur dgn yg lain. Aku pun p la nk masuk bilik air...... Nak melangkah je, "AAAA....!!! APO TAN...??? KO CKP BOTUL2....!!!" Mama menjerit2 dlm phone tu, talked to his brother. Aku kaget, kaku & sumanye la... Mcm2 kat fikiran aku yg -ve2.. Dalam hati cepat2 aku +ve kan balik.. selisih2.. Aku & ayah terus g dapur.. Tp apa yg aku fikirkan awal td tu, itu lah dia...~ Mama sambil teresak2 tahan dalam hati yg sakit + pedih + sedih tu try call yg lain... Mama pun cuba yakinkan lagi apa yg d dengar tu x betul.. Tp malangnya.......~ Aku x tau apa yg aku rasa time tu. Mcm di awang2an.. mcm aku mimpi.. mata dah berkaca2 ni.. Along pun samo, da menjerit2 nangis2.. Ayah cuba tenangkan mama. "Yang dh p tu, tetap p", tu kot ayah cakap.. Dah betul2 pergi ke??? Aku masih x percaya.........
Utk Allahyarhamah Hjh Zainab Hj Abd.Rahman
Al-fatihah~~
Amin rindu uwan sangat...~ :(
No comments:
Post a Comment