Monday 5 April 2010

PERMINTAAN : Jangan Datang Stadium

"PERMINTAAN : Jangan Datang Stadium

Assalamualaikum... Tolong ambil perhatian kepada pengumunan ini.
Diminta kepada mana2 yg melayari web ini, yg masuk untuk menyumbang kepada kemeriahan dan maruah bolasepak negara, atau kepada saudar mara, rakan, jiran anda yg hadir ke stadium menyaksikan bolasepak.
anda adalah dilarang sama sekali, dipandang hina, dan diklasifikasikan sebagai tidak bertemaddun jika kehadiran anda hanya di masa Negeri9 di ambang kejayaan atau tanpa diketahui apakah motif dan tujuan, mencerca pemain, pegawai, menghina, meminum arak, melempar mercun, bungapi atau sebarang objek yang akhirnya menjadi sampah yg sama ertinya dengan perangai anda sekelian.
Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Maruah pasukan, penonton, penyokong, rakyat n9 keseluruhannya, PBNS, Dato' MB, malah kami yg mengendalikan web ini dipersolakan, diperlekehkan, difitnah, diperkecil akibat segelintir golongan yg tidak bermaruah ini.
Jika anda tergolong dalam salah satu atau lebih dari maksud di atas, kami merayu, jgn datang ke stadium, lupakan bolasepak Malaysia.
Anda selalu mengagungkan liga luar negara, selalukan anda melihat mercun dan objek di lempar di tengah padang."

Ini 1 post dlm forum n9futbol.com yg aku copy paste balik.. (tulisan moderator abg majau)..
Aku nk ckp ni pasal bola la, apa lg.. 1stly, tahniah skuad N9 utk kali ke-2 nya dlm tempoh 6 bulan masuk final lg.. & alhamdulillah, kito bertandang lg ke stadium bukit jalil.. Utk merebut piala yg berlainan, & lawan yg berlainan..

Final Piala Malaysia dlu, aku sgt mengharapkan fan N9 sgt ramai.. akhirnya tenggelam dek fan klate.. Tp yg skit itu pd aku berkualiti.. sorakannya padu, seragam..
Skrg ni, utk final FA Cup vs Kedah sbtu ni, aku x harapkan sgt fan yg ramai.. suku mcm hr tu pn ok je dah... Org2 N9 ni mmg slow sket.. diorang lobih kan benda2 lain.. xda semangat. Xdo nk unite langsung.. Ada la segelintir, tp x mcm org2 klate, kedah, ganu ke.. Kalo jmpa masing2 pn kat KL, xda nye nk ckp negeri.. Bukan xda langsung, tp ada la beberapa kerat~

So, balik pada post yg aku copy kat atas tu, aku sgt x suke kalo so call penyokong yg nk datang stadium nk buat huru hara.. Semi final lwn Slangor hr tu, stadium penuh.. tp sorakan lomah.. nk menjerit pn payah.. Sumo x alert.. Dlm stadium sesama sndri, apa nk malu? Yg perempuan tu buleh d maaf kan la. Brapo kali da den jorit2, "ini bkn tgk wayang nk diam..?? sorak la..!!"

Lg 1, pd budak2 yg x paham2 arahan kata 'dilarang bawak mercun'.. baling2 objek atas padang... Bongok ke apa?? Aduyai.. Lg 1, aku sgt la kesal, ada yg balik objek2 tu pd fan2 slangor.. Dr dulu aku respect fan2 slangor.. (W/pn aku sgt x suke team slangor ;p ) Kita ambik sudut positifnya, diorang unite.. bila gendang bertalu2 diorang sambut dgn sorakan..
Dlm forum N9futbol tu, kami gelarkan 'peminat2' ni sbg lalang.. datang stadium hanya sbb nk menang je.. kalah sekali je da xnk dtg stadium.. dikutuk2 pulak tu.. sumo eh x kono.. & lg satu bila mamat2 lalang ni berperangai racist pd kaum2 yg bukan melayu.. apatah lg player2 bkn melayu.. Cmna la geng2 kita senegeri yg bkn melayu nk join samo bai..?

Aku rse fan2 N9 ni kena jd sikit je baru ok & unite.. mcm kat t'ganu tahun lepas, mcm d shah alam semi 1st leg dlu.. kena main away je.. bila home, org ramai sume hampeh!


Utk game ni, aku xtau apa prediction aku.. Tp, kalau lah kalah, aku bersedia terima.. Pd aku, dapat masuk 2 final piala yg berlainan, da cukup manis utk aku. Kalo nk d banding zaman 90an dlu, N9 xdala hebat sgt.. pernah kuasai liga ujung2 90an dlu, tp kalah jua akhir2 season.. Aku start tgk bola d STAR of Paroi sejak stadium tu start d buat.. smpai la skrg~ Ada la on & off nya tgk tu.. Stakat yg aku tau N9 da monang liga super skali(2006), FA skali(2003), Premier League skali(2004?), Piala Malaysia 2x (2009 & 1948-HMS Malaya)

Pd lwn kami Kedah, utk pengetahuan, mase zaman N9 dok tangga tercorot je zaman awal 90 dlu, aku mmg minat Kedah.. Aku igt lg zaman kedah final dgn pahang, singapore dll lg.. & time tu kedah la aku sokong. Antara player2 feveret, radhi mat din, faridzuan che hamid, nizam adzha yusof, lee kin hong yg hemsem kata akak aku (smpai gmbr2 dia along aku potong & smpn ;p ).. yg len2 aku igt, s.thanasegar, ahmad sobri, che zambil ahmad (zaman muda) & byk lg la...
So, utk final ni, aku anggap kedah ni lebih pd frendly team final.. team yg aku minat & team yg aku sokong.. Dua2 negeri ni pn bkn musuh tradisi (rival) dr segi apa pn.. Kalau ikot rival, N9 rival dgn slangoq (cm bese), melaka, pahang & perak. & yg terbaru kelantan.. hoho~

So, all da best to both of the team..
& sila jangan datang stadium kalau anda adalah golongan lalang yg dh d sebut d atas tu..
Hobin Jang Hobin..!!

p/s: pd yg pegi, nk solat mghrib kat bkt jalil tu ada 2 tmpt.. 1 surau d LRT station (bsr) & 1 di food court dkt dgn stdium tu (yg ni kecik sgt).. pengalaman aku, time maghrib tu aku solat kt tepi kaki lima je.. wudhuk air mineral. (nk cpt masuk dlm pny psl) Yg prempuan sulit la sket.. (sbb tu pd aku, prempuan x pyh dtg je ;p )


via fotografernanseorang [akraminhariri.blogspot.com]